Semakan Keputusan Matrikulasi 2017/2018 Secara Online dan SMS

UNTUK makluman anda, keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM sesi 2017/2018 dijangka akan diumumkan pada 14 April 2017 bermula 12 tengahari. Pelajar-pelajar lepasan SPM 2016 yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke kolej matrikulasi secara online dan SMS.

Semakan Keputusan Matrikulasi 2017/2018 Secara Online dan SMS

Semakan Tawaran Matrikulasi Secara Online

Semakan atas talian boleh dibuat melalui laman Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), di pautan berikut:
KLIK DISINI

Semakan Tawaran Matrikulasi Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk Semakan Tawaran Calonjaya Matrikulasi KPM Ambilan 2017/2018 akan diaktifkan bermula pukul 12:00 tengahari 14 April 2017 sehingga jam 11:59 malam 28 April 2017.

Taipkan:

MOE <jarak> MAT <jarak> [No Kad Pengenalan] dan Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi akademik 2017/2018, mereka dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Semoga berjaya kepada calon yang memohon kemasukan matrikulasi sesi 2017/2018!

No comments

Powered by Blogger.