Resepi Apam Tepung Beras Yang Mudah

DAH lama betul Lokman tak kongsikan resepi khas untuk pengunjung setia blog ini. Malam ini ingin saya kongsikan 'Resepi Apam Tepung Beras Yang Mudah' khas untuk anda. Mudah saja! Jom lihat resepi dibawah!

Resepi Apam Tepung Beras Yang Mudah

Resepi Apam Tepung Beras Yang Mudah

Bahan-bahan A

1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air

Bahan-bahan B

2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan gula pasir

Bahan-bahan lain
Pewarna

Cara Membuat Apam Tepung Beras

1-Pertama kali, blend sehingga halus Bahan A.

2-Masukkan Bahan B, dan blend hingga sebati.

3-Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan perap selama 5 jam.

4-Masukkan pewarna ikut suka dan biar untuk seketika.

5-Selepas itu, masuk ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit.

Selamat mencuba sendiri di rumah!

No comments

Powered by Blogger.