10 Perkara Tentang Pengasas Zara Yang Anda Patut Tahu

KINI, Zara Malaysia sudah membuka online store untuk peminat jenamanya di Malaysia sejak 1 Mac 2017 yang lalu. Dengan adanya online store lebih mudah untuk anda membeli-belah di Zara.

                       10 Perkara Tentang Pengasas Zara Yang Anda Patut Tahu

Tahukah anda dengan pengasas Zara ini? Pengasas Zara, merupakan seorang lelaki Sepanyol bernama Amancio Ortega Gaona, 81. Berikut adalah 15 perkara tentang Pengasas Zara yang anda patut tahu:

10 Perkara Tentang Pengasas Zara Yang Anda Patut Tahu

1. Keadaan keluarganya yang miskin mendorong Ortega berhenti sekolah di usia 14 tahun untuk bekerja sebagai budak penghantar bagi sebuah kedai pembuat baju tempatan. Kemudian jadi pembantu pedagang kain dan pembantu tukang jahit.

2. 4 tahun selepas itu Ortega diburu untuk menguruskan kedai pakaian yang lebih besar. Disitulah dia bertemu dengan pembantu kedai bernama Rosalia Mera yang akhirnya menjadi isteri Ortega dan membantu dia membina bisnes.

3. Di usia 20-an, Ortega memulakan kerjaya dalam bidang pembuatan tekstil sambil mengurus kedai pakaian tempatan. Dia melukis dan merekabentuk pakaian seperti jubah mandi, gaun, dan pakaian dalam di ruang tamu rumah.

Seterusnya bekerjasama dengan isteri dan adik, Antonio membina kilang dan 2 tahun kemudian muncul Confecciones Goa S.A untuk pembuatan tekstil dan pemasaran. Kedai pertama Zara dibuka pada 1975 di A Coruña, beberapa blok dari tempat dia bekerja semasa remaja.

4. Ortega merupakan orang terkaya di Eropah dan peruncit terkaya di dunia dengan nilai bersih peribadi mencecah USD68.5 billion pada Mac 2017 hasil bisnes Intidex.

5. Pernah menjadi orang paling terkaya di dunia pada pagi Jumaat 23 Oktober 2015 mengatasi Bill Gates apabila nilai bersih kekayaannya melonjak ke angka USD80 billion (lebih kurang RM354 billion) ketika stok syarikat Intidex tinggi. Ia kekal untuk beberapa jam sahaja. Dan perkara yang sama berlaku pada September 2016.

6. Seorang yang sangat menjaga privacy, setakat ini hanya 3 temubual bersama journalist dibuat menurut Bloomberg (2012) dan gambarnya pertama kali didedahkan kepada umum pada 1999.

7. Dilaporkan Ortega bekerja 25 tahun tanpa meluangkan masa untuk pergi bercuti.

8. Pemilik pasukan bola sepak Sepanyol, Deportivo La Coruna.

9. Ortega merupakan perintis industri fesyen yang menggunakan teknologi maklumat di dalam bisnes pada 1976 untuk mengesan dan mengawal jualan dan inventori. Dia turut memutuskan mana-mana kedai yang perlu diisi semula produk dalam tempoh 48 jam.

10. Ortega mengambil peluang membeli hartanah dengan harga rendah ketika Sepanyol mengalami krisis ekonomi. Picasso Tower bernilai 850 juta Euro pada 2007 telah dibeli dengan wang tunai sebanyak 400 juta Euro. Pencakar langit setinggi 43 tingkat ini merupakan bangunan paling popular dan paling tinggi di Madrid, Sepanyol.

No comments

Powered by Blogger.