Senarai Penuh Peserta Program Gema Gegar Vaganza 2017

NANTIKAN beberapa penyanyi terkenal seperti Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Bienda dan Azmi Caliph Buskers antara peserta yang bakal berentap menerusi program terbaharu iaitu 'Gema Gegar Vaganza' yang mengangkat lagu ketuhanan sebagai konsep pertandingan.

Senarai Penuh Peserta Program Gema Gegar Vaganza 2017

Pengurus saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, selain peserta solo, program yang membariskan 10 peserta itu juga turut memaparkan penyertaan artis berkumpulan bagi sama-sama berentap untuk merebut gelaran juara.

Antara peserta berkumpulan yang bertanding ialah Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC manakala dua lagi peserta solo adalah Izam (EYE) dan Wani.

Gema Gegar Vaganza akan mula bersiaran secara langsung selama lapan minggu di Pusat Konvensyen CIDB, ​​Cheras bermula 8 April ini. Ia juga akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada setiap hari Sabtu, 9 malam.

Siti Nordiana, Achey daripada kumpulan Bocey dan Fikri (Lawak Solo) akan diberi kepercayaan penuh sebagai hos.

Juara Gema Gegar Vaganza bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi manakala hadiah tempat ketiga akan mendapat wang tunai bernilai RM20,000 beserta trofi. Tempat keempat pula bakal meraih wang tunai RM10,000 beserta trofi dan pemenang bagi kategori 'Pilihan Penonton' yang diundi menerusi sistem dalam talian pula akan membawa pulang wang tunai RM5,000.

No comments

Powered by Blogger.