Resepi Air Cendol Yang Sedap

Resepi Air Cendol Yang Sedap|MALAM ini teringin pulak Lokman nak kongsikan satu resepi khas untuk pengunjung setia blog ini iaitu 'Resepi Air Cendol Yang Sedap'. Agak lama blog Lokman tak update tentang resepi. Bagi anda yang gemar akan cendol terutama dengan cuaca panas amat dicari-cari. Jom lihat resepi dibawah!

Baca juga:
Resepi Air Cendol Pulut Yang Sedap

Resepi Air Cendol Yang Sedap

Resepi Air Cendol Yang Sedap

Cendol:
Bahan-bahan:

5 Sudu makan - Tepung beras
1 sudu makan - Tepung gandum
1 sudu makan - Tepung pulut
10 helai daun pandan diblend - ambil air sahaja

Cara Membuat Cendol:

1. Pertama kali, campurkan semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.

2. Kemudian, panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.

3. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Bila cendol dah kembang dan masak.

4. Selepas itu, sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk.

Air Cendol:
Bahan-bahan:

1 Kotak Santan Segera - Pastikan Santan pekat
1 Cawan Air Masak
Gula Merah secukup rasa
1 sudu kecil garam

Cara Membuat Air Cendol:

1. Pertama kali, panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.

2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda.

3. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Kemudian, campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.

4. Akhir sekali, jangan lupa masukkan sekali ais dalam air cendol tersebut.

Selamat mencuba dirumah!

No comments

Powered by Blogger.