-->

Harga Rasmi dan Spesifikasi Penuh Kawasaki Z900 ABS

MENGIKUT turutan pelancaran Kawasaki Z900 awal pada tahun ini, Kawasaki Motors Malaysia kini mengumumkan harga jualan rasmi untuk Kawasaki Z900 ABS yang didatangkan dalam dua versi seperti di bawah:

               Harga Rasmi dan Spesifikasi Penuh Kawasaki Z900 ABS

Harga Rasmi dan Spesifikasi Penuh Kawasaki Z900 ABS

1. Kawasaki Z900 ABS (Standard)
Harga RM49,158.00 (termasuk GST)
Warna: Kelabu

2. Kawasaki Z900 ABS (Edisi Khas)
Harga RM50,959.00 (termasuk GST)
Warna: Biru

Edisi Khas datang standard dengan dilengkapi :

i. Penutup pelana solo Single Cover Seat
ii. Penutup Meter tinggi
iii. Outlet DC untuk mengecas
iv. Skrin radiator
v. Pelindung seret (slider)
vi. Pelindung enjin
vii. Pelindung seret gandar depan (Front Axle slider)
viii. Pad tangki (Tank Pad) dan Pad pelapik lutut

Model-model ini boleh didapati di GT World Ninja, Ninja Shop dan Kawasaki Premium Dealers mulai 8 April 2017.

Z900 ini merupakan ahli terbaharu dalam keluarga Z. Di atas siri ini kini terdapat empat model yang bermula dengan Z750, Z800, Z900 ini dan juga Z1000 terdahulu, selain pelbagai model kemasukan Z yang lebih kecil. Gabungan gaya agresif “Z Supernaked” dan elemen reka bentuk sugomi bagi Z900 cuba menampilkan gaya elegan, rekabentuk fizikal yang menarik dan enjin yang padat.

Z900 baharu ini didatangkan dengan skema warna Kelabu manakala Edisi Khas datang dalam skema warna Biru dengan aksesori seperti grafik khas, penutup pelana tunggal, penutup meter, sumber kuasa arus terus (DC), pelindung radiator, pelindung gelincir (slider), pelindung enjin, pelindung gelincir gandar depan, pelindung tangki dan juga lutut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kawasaki.com.my

0 comment... add one now