-->

Cara Penjagaan Laptop Dengan Betul

KINI, penggunaan komputer riba menjadi satu keperluan bagi setiap orang untuk melakukan kerja harian dan menyiapkan kerja. Namun disebalik itu, masih ramai orang yang tidak tahu cara menjaga laptop dengan betul sehingga laptop anda cepat rosak. Penjagaan laptop amat penting untuk memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar tahan selama mana yang mungkin. Jom lihat beberapa tips penjagaan laptop dibawah!

 Cara Penjagaan Laptop Dengan Betul

Cara Penjagaan Laptop Dengan Betul

1-Bateri

-Elakkan daripada penggunaan bateri ketika menggunakan laptop anda

-Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.

-Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2-Keyboard

-Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.

2-Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.

3-Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3-Skrin LCD

-Pastikan lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.

2-Gunakan screen saver. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes berapa lama yang anda mahu.

3-Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.

4-Haba Panas

-Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas. Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5-Port

-Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan berus atau berus gigi lama.

-Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat untuk anda dalam menjaga laptop dengan cara betul!

2 comments.. read them below or add one

Lea Azleeya Lea Azleeya March 22, 2017 at 1:11 PM
Nice tips.. Thankz sharing lokman.. :)