-->

Cara Menjaga Bateri Handphone Yang Betul

BATERI handphone adalah salah satu komponen utama yang penting untuk setiap telefon. Tanpa adanya bateri, telefon tidak boleh berfungsi. Kini telefon bimbit atau telefon pintar sudah menjadi antara keperluan asas yang penting. Dari golongan dewasa sampailah ke budak sekolah pun pasti mempunyai sebuah telefon bimbit tak kisahlah dari jenama apa sekalipun. Ingin tahu bagaimana cara menjaga bateri handphone agar bertahan lama? Jom lihat dibawah!

Cara Menjaga Bateri Handphone Yang Betul

Cara Menjaga Bateri Handphone Yang Betul

Namun semakin canggih pengunaan telefon tersebut terutama telefon pintar, semakin cepat habis hayat bateri tersebut.
Bateri telefon adalah ibarat denyutan nadi telefon itu. Kalau tidak dijaga dengan baik, ia boleh mendatangkan masalah seperti bateri rosak atau bateri kembung.

Cara Untuk Panjangkan Hayat Bateri

1) Mod penjimatan kuasa

Telefon pintar Android dan telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook.

2) Kecerahan skrin

Penggunaan bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin banyak penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dengan memilih 'kecerahan automatik' dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan pencahayaan.

Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa.

3) Kurang penggunaan getaran

Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih berkesan untuk menyelamatkan penggunaan bateri anda.

4) Offkan Telefon Ketika Mengecas

Pastikan telefon anda di OFF terlebih dahulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri.

5) Elakkan Cas Telefon Di Dalam Kereta

Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak.

6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas

Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan 'memory effect'.

7) Pastikan Bateri Dicas sepenuhnya kali pertama sekurang-kurangnya 8 jam

Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan berfungsi.

8) Matikan sambungan

WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg terdapat dalam telefon moden anda. Lupa untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat untuk anda!

2 comments.. read them below or add one

Zafirah Nazri Zafirah Nazri March 20, 2017 at 11:56 PM
wahhhh , info yang bagus . terima kasih ya