Cara Beli Online di Lazada Malaysia

Cara Beli Online di Lazada Malaysia|BAGI anda yang masih tercari-cari cara beli online di Lazada Malaysia. Mulai sekarang anda boleh ketahui cara beli online di Lazada dengan perkongsian entri saya kali ini. Lazada amat terkenal dengan barangan online seperti smartphone, laptop, tablet, peralatan elektronik, Smart TV dan macam-macam lagi. Tapi bagaimanakah cara beli online di Lazada? Ramai juga yang bertanyakan cara beli online di Lazada. Macam mana nak tahu seller itu trusted atau tak? Begitu juga, bagaimana warranty barangan elektronik?

Cara Beli Online di Lazada Malaysia

Cara Beli Online di Lazada Malaysia

Pertama kali, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu di Lazada menggunakan email anda. Kemudian, anda boleh login /sign in menggunakan username dan password akaun yang anda baru daftar tadi.

Selepas itu, anda boleh search item yang hendak dibeli. Contohnya nak beli iPhone 7. Dekat page result tu keluar banyak pilihan. Anda perlu bijak membuat pilihan.


Panduan Order dan Membuat Pembayaran di Lazada

1-Add to cart item yang hendak dibeli dan proceed to checkout.

2-Kemudian, Masukkan Alamat Penghantaran dan Billing, boleh guna alamat sama untuk kedua-dua ini. Jika kawasan anda tinggal agak sukar dicapai oleh syarikat courier, pilih alamat pejabat, kampus dan sebagainya.

Terdapat 4 kaedah pembayaran di Lazada. Berikut adalah:

a. Cash On Delivery (COD) - bayar secara cash atau credit card hanya ketika courier sampai di rumah atau alamat penghantaran.

b. Online Banking - bayar menggunakan Maybank2u, CIMB Clicks, Hong Leong Bank, Public Bank, Ambank dan RHB.

c. Credit Card / Debit Card - bayar menggunakan credit card atau debit card Mastercard / VISA.

Untuk membayar secara installments, anda perlu menggunakan Maybank Credit Card (rujuk tutorial beli secara installment).

d. Paypal - anda boleh bayar menggunakan paypal jika anda mahu.

3-Sekiranya semua ok, tekan Place Order untuk membuat tempahan.

Cara Menggunakan Baucer Untuk Diskaun


Baucer atau coupon merupakan teknik memikat pelanggan yang cukup cukup berkesan di laman ecommerce. Sekali dah shopping guna baucar, esok lusa mesti nak try lagi. 😀

Nak guna baucar di Lazada, kena rajin-rajin buka main page Lazada terutamanya ketika hari sales kerana jika hari bertuah, anda boleh baucer yang rare atau limited. Untuk menggunakan baucer, pastikan login dulu akaun dan pada bahagian baucer, masukkan baucer yang sah dan tekan Apply.

Selain baucer, Lazada juga memberikan diskaun kepada pengguna Credit Card dan Debit Card. Contohnya. jika anda membeli barang pada hari Sabtu menggunakan Credit Card CIMB, anda boleh diskaun sehingga 10%. Manakala Maybank Card pula memberikan diskaun sehingga 10% pada setiap hari Rabu.

Cara Mengesan Pesanan di Lazada


Setelah siap membuat tempahan, anda akan menerima e-mel daripada Lazada Malaysia dan anda kemudian boleh lihat order status dan tracking. Seller Lazada biasanya menggunakan pelbagai jenis courier antaranya Gdex, Pos Laju, Skynet dan sebagainya jadi anda boleh trace di laman web courier tersebut.

Cara Return Barang Kepada Lazada

Bagi case anda beli barangan di Lazada Malaysia tetapi didapati barang rosak, defective, pecah, fake atau lain seperti yang seller claimed, anda boleh membuat return kepada Lazada asalkan dalam tempoh 14 hari selepas pembelian. Contoh, seller jual item A tapi lepas beli, sampai item B. Atau seller jual item A dan description kata barang original, tapi bila sampai barang knockoff / ciplak / fake.

Pack barang tersebut elok-elok dan hantarkan kembali bersama-sama invois dan bukti pembelian. Simpan sekali bukti pembayaran anda kepada syarikat courier (biasanya resit) kerana Lazada akan refund balik kos penghantaran.

Satu cara lagi yang lebih mudah, anda boleh print out return form di bahagian order. Print dan tampal borang return di tempat dan hantar ke pos laju tanpa sebarang caj.


Bagi anda ingin ketahui cara beli online di Lazada Malaysia, anda boleh 'Dapatkan Beli Online di Lazada Malaysia Mulai Sekarang'.

1 comment:

Powered by Blogger.