Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2017

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2017|UNTUK makluman anda, kini dibuka untuk permohonan tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang (BKMB & SPCYP) ke universiti tempatan bagi tahun 2017.

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2017

1. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2017

Dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Wujudnya biasiswa ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengikutipengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Kelayakan Permohonan

Berikut adalah kelayakan permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2017:

(A) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.

(B) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

2-Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3-Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2016 seperti berikut: -
(A) Calon SPM: 9 A + ke atas
(B) Calon STPM: 4 prinsipal A

3-Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).

4-Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.

5-Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

2. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2017

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di bawah skim ini, pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi / Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2017/2018 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA.

b) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT- ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College.

Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang, Yayasan Peneraju dan INTEC Education College.

Permohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Certified Accounting Technician (CAT) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College.

Kelayakan Permohonan

Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:

(A) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
(B) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

1-Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.

2-Lulus Cemelang di peringkat SPM tahun 2016 dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.

Penajaan

Elaun Sara Hidup: 5,000 setahun
Yuran Pengajian: Seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian

Cara Membuat Permohonan

Anda boleh memuat turun borang permohonan dari Laman Web Yayasan Pahang di alamat:

http://www.yp.org.my/ ATAU melalui pautan pantas di bawah (fail adalah di dalam format PDF):

-Borang Permohonan BKMB Pahang 2017
-Borang Permohonan SPCYP Pahang 2017

Nota:
Borang yang telah lengkap boleh dihantar terus ke Yayasan Pahang sebelum atau pada 7 APRIL 2017 (JUMAAT).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5181800 | Faks: 09-5181888 | Laman Web: www.yp.org.my | E-mail: ypahang@yp.org.my
(Airulamri b. Amran / Norma Isna Hernanny bt. Musa / Zakiah bt. Saleh)

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.