Beoncam Jam Tangan Dilengkapi Kamera 360 Darjah

BEONCAM ialah peranti rintis jam tangan yang dilengkapi kamera 360 darjah yang dibangunkan oleh Spacemap Team sebuah firma di Singapura.

                

Ia dilengkapi kamera 5-Megapixel yang menangkap gambar pada resolusi 2592 x 1920 pixels dan video 360 darjah 1,200 x 1,200 pixel 25 FPS. Modul kamera Beoncam boleh ditanggalkan dan dipasang pada pelbagai permukaan seperti beg. Ia boleh ditambat kepada peranti pintar Android dan iOS secara bluetooth. Aplikasi yang dihasilkan memudahkan gambar dan video yang dirakam dikongsi ke platform media sosial kegemaran.

                     

Dengan bateri 400 mah, Beoncam dapat berfungsi sebagai jam digital selama empat hari atau melakukan rakaman video berterusan sehingga tiga jam. Kerangka jam adalah kalis air dan membenarkan rakaman sehingga enam meter di bawah permukaan air.

Kamera Beoncam ini sedang mengumpul dana menerusi Indiegogo bagi penghasilan komersial. Harga jualan bermula dari $99 (~RM 441) seutas dan dijangka dijual menjelang Julai akan datang.

SUMBER: BEONCAM

No comments

Powered by Blogger.