-->

Uber Kini Menawarkan Tambang 99 Sen Sepanjang Dua Minggu Untuk Perjalanan Bawah 4km

PELBAGAI tawaran menarik yang disediakan oleh Uber, dan kini untuk tempoh dua minggu bermula 13 Februari 2017, iaitu hari ini, Uber menawarkan tambang tetap 99 sen untuk sepanjang hari bagi perjalanan sekitar Kuala Lumpur yang kurang daripada 4km.

               Uber 99sen

Penawaran ini ditawarkan di Lembah Klang sahaja buat masa ini, dan ia tidak menyokong perjalanan antara KLIA dan KLIA2.

Uber turut menekankan yang mana harga mungkin berubah ketika keadaan trafik yang tidak bergerak dimana ia akan berubah kepada kiraan mengikut masa dan jarak. Walaubagaimanapun, tambang 99 sen ini masih diguna-pakai ketika waktu puncak asalkan jalan tidak sesak dan bergerak.

Bagi anda yang bekerja sekitar Kuala Lumpur, atau tidak pernah mencuba Uber, mungkin ini adalah salah satu peluang untuk mencubanya apatah lagi jikalau dibandingkan dengan harga pengangkutan awam untuk jarak 4km, Uber mungkin adalah pilihan lebih murah.

Sumber: UBER

0 comment... add one now