-->

Tonton Online Mentor Milenia 2017 Episod Penuh

KINI, program realiti Mentor Milenia bakal kembali mencari dan mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian. Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur dari 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.

Tonton Online Mentor Milenia 2017 Episod Penuh

Mentor Milenia musim baharu ini masih lagi mengekalkan format yang sama dengan memaparkan empat orang mentor iaitu Black, Hazama, Akim dan terbaharu Tomok. Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 - 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad, pukul 6.00 petang.

Mentor Milenia ini akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh. Memaparkan Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia

SENARAI BAKAL PROTEGE

MENTOR: TOMOK
1. Mohamad Rozaimi Rosli (20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)
2. Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)
3. Adam Malek Shamsuddin (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

                 protoge Tomok

MENTOR: BLACK
1. Mohamad Afif Ikmayahya (20 tahun, Pasir Mas, Kelantan)
2. Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)
3. Nur Syaheera Abd Aziz (19 tahun, Shah Alam, Selangor)

                Protoge Black

MENTOR: AKIM
1. Noor Jannah Abu Hanipah (18 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
2. Angelica Paujin (17 tahun, Tambunan, Sabah)
3. Mohd Farhan Mohd Mustapha (20 tahun, Kuantan, Pahang)

                 Protoge Akim

MENTOR: HAZAMA
1. Muhammad Saiful Naim Muhd ​​Noor (20 tahun, Lunas, Kedah)
2. Iffah Syahira Ariffen Kamal Ariffen (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
3. Nor Balqis Ahmad Tajudin (18 tahun. Kemaman, Terengganu)

                Protoge Hazama

Tonton Online Mentor Milenia 2017 Episod Penuh
-Tonton online di TV3 atau di tonton.com.my

Selamat menonton!

0 comment... add one now