Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet

NANTIKAN drama akan datang adaptasi novel Suamiku Paling Sweet‬ karya tulisan Anjell di slot Akasia. Drama bersiri tersebut diarahkan oleh Zul Huzaimy. Gandingan hebat lakonan Mawar Rashid, Syafiq Kyle dan Nik Adam Mika. Bakal bersiaran pada bulan Februari nanti di TV3.

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet

JUDUL : SUAMIKU PALING SWEET
EPISOD : 28/30 episod
TARIKH / MASA : Februari 2017
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasha Mahyan, Amirul Faqeem

WATAK PELAKON

Mawar Rashid sebagai Qisya Iris
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
Nik Adam Mika sebagai Hafiey
Fazren Rafi sebagai Qairul
Aedy Ashraf sebagai Hakimi
Natasya Mahyan sebagai Maya

SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

No comments

Powered by Blogger.