Resepi Fudge Brownies Yang Enak

TERINGIN pulak malam ni aku nak kongsikan satu resepi iaitu 'Fudge Brownies'. Dah lama betul aku tak share tentang resepi. Apa yang menarik ada pada Resepi Fudge Browniez? Sekali terasa mesti nak rasa lagi. Memang sedapp! Nak ketahui resepi dan cara membuatnya, jom lihat dibawah!

                 Resepi Fudge Brownies Yang Enak

Resepi Fudge Brownies Yang Enak

Bahan-bahan:

250 gram Unsalted Butter
500 gram Dark Chocolate
300 gram Gula kastor
4 biji Telur
1 sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu kecil Esen Vanilla
200 gram Tepung kek

Cara Membuat:

1-Cairkan mentega jenis unsalted bersama coklat dengan kaedah double boil.

2-Selepas itu, pukul telur bersama gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla.

3-Kemudian, satukan gabungan mentega dan coklat yang sudah cair kedalam adunan telur dan gula dan kacau sebati.

4-Masukan tepung dan soda bikarbonat kedalam adunan dan gaul hingga sebati.

5-Tuang ke dalam acuan dulang dan bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah celsius.

Selamat mencuba dirumah! Mudah saja...

No comments

Powered by Blogger.