Permohonan eGTukar 2017 Pertukaran Guru Secara Online

UNTUK makluman anda permohonan eGTukar 2017 secara dalam talian bagi sesi Januari telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan kini telah dibuka untuk guru-guru memohon pertukaran ke sekolah lain.

Permohonan eGTukar 2017 Pertukaran Guru Secara Online

Permohonan ini akan mula dibuka pada 1 Februari 2017 sehinggalah 25 Mac 2017 bagi urusan pertukaran guru sepanjang tahun ini. Permohonan ini terbuka khas bagi yang memohon pertukaran antara Bahagian / Negeri, antara daerah dan dalam daerah.

Senarai gred Pegawai Pendidikan yang boleh membuat permohonan egtukar:

DG29
DG32 (KUP TIME-BASED)
DG34 (KUP TIME-BASED)
DG38 (KUP TIME-BASED)
DG41
DG42
DG44 (KUP TIME-BASED)
DG48 (KUP TIME-BASED)
DG52 (KUP TIME-BASED)
DG54 (KUP TIME-BASED )

Permohonan eGTukar 2017 Pertukaran Guru

Berikut adalah cara permohonan pertukaran guru dilakukan:

-Anda boleh klik pautan di https://epgo.moe.gov.my untuk ke ruangan website eGTukar.

-Pengguna perlu mendaftar ke sistem untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan ke sistem.

-Setiap pengguna hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi satu sesi pertukaran.

-Log in masuk dan mula mengisi maklumat pendaftaran.

-Bagi pemohon yang mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk memohon, permohonan boleh dibuat dengan menyemak dan mengisi lima (5) bahagian utama:

1-Maklumat Permohonan
2-Maklumat Diri
3-Akademik dan Ikhtisas
4-Maklumat Perkhidmatan
5-Maklumat Suami / Isteri
6-Sebab Mohon Tukar
7-Pengakuan Pemohon

Info:
1-Pemohon TIDAK DIBENARKAN membuat pertukaran dalam negeri yang sama sekiranya ianya berada didalam jenis sekolah yang sama. Pindaan kepada maklumat permohonan hanya boleh dibuat sebelum menekan butang HANTAR. Selagi pemohon tidak menekan butang HANTAR, maklumat permohonan / maklumat permohonan tidak akan diterima oleh sistem.

2-Pemohon WAJIB mencetak maklumat yang telah dikemukakan pada menu CETAKAN bagi tujuan mendapatkan nombor permohonan dan kemudian diserahkan kepada Pengetua / Guru Besar sebagai bukti permohonan.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.