Percutian Menarik di Pulau Perhentian

BAGI anda yang masih tercari-cari destinasi menarik untuk melancong atau pergi bercuti, inilah peluang terbaik anda untuk melancong ke Pulau Perhentian. Pulau Perhentian merupakan destinasi percutian paling popular di Malaysia. Pulau Perhentian amat dikenali dengan kecantikan alam semulajadi seperti air laut yang jernih, pantai yang berputih dan hidupan laut yang cantik. Bagi anda yang suka pergi melancong, kali ini saya akan kongsikan mengenai aktiviti menarik yang patut anda cuba di Pulau Perhentian.

Percutian Menarik di Pulau Perhentian

Percutian Menarik di Pulau Perhentian

1-Kemudahan Pengangkutan

Bagi anda yang ingin ketahui kemudahan pengangkutan yang disediakan. Berikut adalah:

-Anda boleh menaiki feri yang disediakan untuk ke Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil. Perjalanan lebih kurang sejam untuk ke destinasi dari Kuala Besut.

2-Aktiviti Menarik di Pulau Perhentian

Pulau Perhentian sememangya mempunyai daya tarikan tersendiri dengan keunikan alam semula jadi yang cantik. Bagi anda yang ingin ke Pulau Perhentian, anda perlu ketahui beberapa aktiviti menarik yang anda patut cuba.

-Mandi laut di pantai pasir yang jernih
-Windsurfing
-Island Cruises
-Sailing
-Berkayak
-Jungle Trekking
-Berkhemah

3-Penginapan

Bagi anda ke Pulau Perhentian, anda tidak perlu risau dengan kemudahan penginapan disediakan khas untuk pelancong yang datang kesini. Anda boleh sewa chalet atau resort yang berdekatan dengan anda selain anda berkhemah. Antara resort atau chalet yang anda boleh dapati seperti tertera dibawah:

-Perhentian Island Resort
-Tuna Bay Island Resort
-Flora Bay Resort
-Coral View Resort
-Abdul's Chalet
-Mama's Chalet
-Fauna Beach Chalet
-New Cocohut Chalet

4-Pakej Disediakan

Pakej percutian (Pakej 3 hari 2 malam)
-Tiket feri pergi balik
-Dua malam penginapan
-Dua kali sarapan
-Dua kali makan tengahari
-Dua kali makan malam
-Untuk penginapan, anda boleh pilih jenis bilik, katil dan kemudahan lain disediakan

Pakej Snorkeling (Pakej 3 hari 2 malam)
-Tiket feri pergi balik
-Dua malam penginapan
-Dua kali sarapan
-Dua kali makan tengahari
-Dua kali makan malam
-Untuk penginapan, anda boleh pilih jenis bilik, katil dan kemudahan lain disediakan
-Dua kali trip snorkeling

                      Image result for pulau perhentian

                     Image result for pulau perhentian

Bagi anda yang ingin bercuti bolehlah jadikan Pulau Perhentian ini sebagai destinasi untuk pergi melancong. Bagi anda merancang untuk ke Pulau Perhentian, anda perlu memilih tarikh antara bulan April hingga September. Selamat melancong!

No comments

Powered by Blogger.