-->

Kalendar Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2017

KINI Saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC), perlumbaan yang menjadi teras kepada pasaran motosikal Asia kekal berlangsung sebanyak enam pusingan bagi musim 2017 yang dijadualkan bermula pada Mac ini.

               

Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia kembali ke dalam kalendar kejuaraan ARRC sebagai venue sesi ujian pra-musim ARRC pada 15 hingga 16 Mac dan pusingan pembukaan pada 1 dan 2 April selepas tidak berada dalam kalendar musim 2016 disebabkan proses menaik taraf dan membaik pulih litar.

Litar ikonik Jepun, Litar Suzuka terus kekal dalam kalendar kejuaraan tahun ini apabila menjadi hos pusingan ketiga perlumbaan yang dijadualkan pada 3 dan 4 Jun 2017.

Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia akan menjadi venue bagi pusingan keempat pada 12 dan 13 Ogos diikuti Litar Antarabangsa Buddh, India yang tampil sebagai hos ARRC bermula musim lepas akan menjadi venue pusingan kelima pada 7 dan 8 Oktober.

Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand sekali lagi memainkan peranan sebagai hos berganda bagi perlumbaan ARRC. Litar ini akan menjadi hos bagi pusingan kedua pada 14 dan 15 April, pusingan istimewa yang dijalankan sebagai sebahagian daripada Festival Songkhran Thailand dan sekali lagi menjadi perlumbaan penutup musim yang dijadualkan berlangsung pada 2 dan 3 Disember 2017.

KALENDAR KEJUARAAN MOTOSIKAL ASIA FIM 2017

Pusingan 1, April 1 – 2, 2017 Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia

Pusingan 2, April 14 – 15, 2017 Litar Antarabangsa Chang, Thailand

Pusingan 3, Jun 3 – 4, 2017 Litar Suzuka, Japan

Pusingan 4, Ogos 12 – 13, 2017 Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia

Pusingan 5, Oktober 7 – 8, 2017 Litar Antarabangsa Buddh, India

Pusingan 6, Disember 2 – 3, 2017 Litar Antarabangsa Chang, Thailand

0 comment... add one now