-->

Kadar Dividen Dan Bonus Tabung Haji 2016-2017

UNTUK makluman anda, kini pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) menikmati pendapatan / keuntungan tahunan untuk simpanan di dalam akaun Tabung Haji mereka. Pendapatan ini dikenali sebagai Bonus atau Geran Pendeposit, dan ia biasanya terdiri daripada Bonus Tahunan (dividen) dan Bonus Haji (bonus).

Kadar Dividen Dan Bonus Tabung Haji 2016-2017

Pengumuman dan pembayaran bonus TH biasanya dibuat pada suku pertama setiap tahun (Jan - Mac). Bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit.

Kadar Dividen Dan Bonus Tabung Haji 2016-2017

Berikut adalah senarai peratusan Bonus Tahunan dan Bonus Haji 2016-2017:

Kadar Bonus Tahunan (%): 4.25
Kadar Bonus Haji (%): 1.50

Cara Kira Dividen Dan Bonus Tabung Haji

Bonus Pendeposit Tabung Haji dikira untuk tempoh tahun kewangan bermula Januari hingga Disember setiap tahun. Pengiraan Bonus Pendeposit TH adalah seperti berikut:

-Bonus Tahunan kepada setiap penyimpan dikira ke atas purata baki minima bulanan bagi tempoh simpanan sepanjang tahun kewangan

-Bonus Haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji sahaja. Kadarnya dikira ke atas purata baki minima bulanan namun terhad kepada kos menunaikan haji semasa (buat masa ini nilainya RM9,980).

Semoga bermanfaat untuk anda!

1 comment... add one now

galaksi viral galaksi viral February 5, 2017 at 8:24 AM
Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)