-->

Gameband Jam Tangan Pintar Direka Khas Untuk Peminat Permainan Komputer

KINI, terdapat banyak jam tangan pintar di pasaran sekarang yang mampu mengesan kesihatan pemakai dan memaparkan notifkasi penting. Oleh itu Gameband dihasilkan khas untuk peminat permainan komputer.

                

Jam tangan ini hadir dengan 20 permainan terbina. Versi Atari menyertakan permainan klasik seperti Pong, Asteroids dan Centipede. Versi kedua pula hadir dengan permainan indie Terraria. Kedua-dua versi mempunyai aplikasi PixelFurnace yang membolehkan permainan baru dimuat turun. Pada waktu yang sama apabila Gameband dipasang kepada PC, permainan di dalamnya boleh dimainkan pada skrin PC secara terus.

                

Dari segi spesifikasi Gameband dilengkapi skrin 1.6″ AMOLED, pemproses Qualcomm Snapdragon Wear 2100, RAM 512 Megabyte, storan 4 Gigabyte dan bateri 400 mAh. Terdapat sokongan kad MikroSD sehingga 256 Gigabyte. Jam tangan ini masih mengumpulkan dana menerusi Kickstarter dan boleh ditempah pada harga bermula $149 (~RM 665) seutas.

Sumber: KICKSTARTER

0 comment... add one now