-->

6 Punca Kerosakan Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu

BETAPA pentingnya sesebuah tayar kereta kerana tanpa tayar kereta tidak boleh bergerak dan jika tayar kereta tidak dalam keadaan baik ada kemungkinan pemandu dan penumpang kereta akan alami kemalangan.

               6 Punca Kerosakan Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu

Perlu ingat! penting untuk tahu apakah punca kerosakan tayar kereta. Sekiranya kita tahu punca-puncanya, kita boleh ambil tindakan mencegah yang sewajarnya agar kerosakan yang sama tidak berulang lagi.

Jom kita lihat apa yang selalunya berlaku pada tayar!

1. Kerosakan di sebelah luar kedua-dua sisi tayar

Jika anda lihat kerosakan seperti ini, maka ianya berpunca daripada tayar yang tidak cukup tekanan angin. Seperti yang sedia maklum, tekanan angin dalam tayar sememangnya akan berkurang setelah lama anda gunakan kenderaan anda.

2. Kerosakan di bahagian tengah

Kerosakan jenis ini lagi berbahaya kepada anda kerana ia berpunca daripada tekanan angin yang lebih dalam tayar kenderaan anda. Ia boleh mengundang risiko tayar meletup dengan tiba-tiba.

3. Kerosakan di sebelah bahagian luar bunga tayar sahaja

Ini kerosakan yang sememangnya sentiasa berlaku. Kerosakan berpunca daripada alignment yang tidak betul menyebabkan kerosakan tayar hanya sebelah sisi sahaja. Maka cepat-cepatlah lakukan alignment tayar kereta anda untuk mengelakkan kerosakan makin banyak.

4. Kerosakan cupping wear

Dalam istilah lain dalam bahasa Inggeris ialah diagonal scalloping wear yang mana menunjukan kenderaan anda mempunyai masalah suspension.

5. Kerosakan di sebelah sisi tayar

Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yang tajam contohnya bongkah batu ataupun rubbing dengan sesuatu contohnya pembahagi jalan dan sebagainya.

6. Tayar koyak atau meletup

Lazimnya, risiko tayar tiba-tiba terkoyak atau meletup berpunca daripada tayar yang sudah expired. Pastikan anda menggunakan tayar yang terbaru dan masih belum tamat tempoh.

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now