-->

Tips Jimatkan Penggunaan Minyak Kenderaan

PASTI setiap daripada anda mengalami masalah penggunaan minyak kenderaan yang tinggi pada tiap-tiap hari. Bagaimana caranya untuk menjimatkan penggunaan minyak kenderaan? Mesti ada jalan penyelesaiannya!

Tips Jimatkan Penggunaan Minyak Kenderaan

Di sini saya akan kongsikan beberapa tips jimatkan penggunaan minyak kenderaan anda berdasarkan pengalaman saya. Jom lihat dibawah ini!

Artikel berkaitan:
Tips Memilih Tayar Kereta Dengan Cara Betul

Tips Jimatkan Penggunaan Minyak Kenderaan

1- Jangan memecut dengan kadar yang terlalu perlahan

Kajian telah menunjukkan penggunaan minyak lebih tinggi apabila mencapai kelajuan 50 batu/sejam dalam masa 30 saat berbanding 15 saat. Ingat! Jangan sesekali memecut dengan kadar amat perlahan kerana ia akan meningkatkan penggunaan minyak kenderaan anda.

2- Tayar diisi dengan kadar tekanan yang mencukupi

Pastikan tekanan tayar kenderaan anda dalam keadaan yang baik dan mencukupi. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi yang betul akan mengakibatkan penggunaan minyak meningkat 5 peratus. Periksa tekanan tayar anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

3- Penggunaan gear yang sesuai

Penggunaan gear yang sesuai juga amat perlu dititikberatkan semasa memandu kerana menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol berlaku disebabkan tekanan terhadap enjin terlalu tinggi. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual dapat menjimatkan penggunaan minyak kenderaan berbanding transmisi auto.

4- Kurangkan bebanan atau berat kereta

Perlu diingatkan juga membawa muatan atau bebanan yang berlebihan akan mengakibatkan penggunaan minyak kenderaan yang tinggi daripada yang biasa. Penambahan berat sebanyak 50 kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

5- Matikan enjin kereta apabila menunggu atau berehat

Pastikan mematikan enjin kereta apabila menunggu seseorang atau memberhentikan untuk berehat seketika. Walaupun enjin kenderaan masih berfungsi sedangkan anda tidak menekan pedal minyak kereta akan menyebabkan penggunaan minyak akan berlaku.

Setakat ini saja perkongsian saya kali ini!
Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now