Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017

UNTUK makluman anda, Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) atau dikenali juga sebagai Karnival Jom Masuk IPT datang lagi untuk kali ke-13 di tahun 2017.

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017

Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) ini membekalkan maklumat terkini berkenaan program-program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), IPT, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Sesi Akademik 2017/2018, menawarkan khidmat bimbingan kaunseling dan banyak lagi.

Jadual dan Kalendar Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017

KPT 2017 melibatkan enam zon dan satu zon mini. Ia akan berlangsung dari bulan Februari 2017 sehingga Mac 2017.

ZON                  TARIKH         LOKASI / VENUE
Zon Timur    11 - 12 Feb 2017 AEON Kota Bharu, Kelantan

Zon Mini       18 - 19 Feb 2017 Dewan Ilmu Kampus UNIMAP Pauh Putra, Perlis

Zon Selatan   25 - 26 Feb 2017   Kampus UTHM, Batu Pahat, Johor

Zon Utara      4 - 5 Mac 2017   Padang Kawad Kampus Induk USM, Pulau Pinang

Zon Sabah     11 - 12 Mac 2017  Suria Sabah Shopping Mall Kota Kinabalu, Sabah

Zon Sarawak  18 - 19 Mac 2017 CityOne Megamall Kuching, Sarawak

Zon Tengah    25 - 26 Mac 2017 Perkarangan Dewan Tuanku Canselor USIM, Negeri Sembilan

Masa Karnival Jom Masuk IPT 2017

Berikut adalah waktu mula dan tamat Karnival Jom Masuk U Masuk adalah percuma.

9:00 pagi - 6:00 petang (Semenanjung Malaysia)
8:30 pagi - 5:30 petang (Sabah & Sarawak)

Untuk pertanyaan dan khidmat nasihat, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT KPT di nombor telefon 03-88708200 atau layari layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT).

No comments

Powered by Blogger.