Senarai Peserta Peringkat Akhir 3 Juara

                finalis 3 juara

Hanya enam peserta yang berjaya layak ke peringkat akhir program realiti 3 Juara yang diumumkan pada peringkat separuh akhir ketiga yang berlangsung di Sri Pentas 2.

Senarai Peserta 3 Juara ke Peringkat Akhir

Balada - Salma dan Hady
Rock - Kudien dan Eva Maria
Irama Malaysia - Azizul dan Nura

Peserta Yang Tersingkir Peringkat Separuh Akhir

Balada - Aqeem dan Appril
Irama Malaysia - Rahman dan Hazra
Rock - Indra dan Arill

Pentas akhir pada 8 Januari ini menyaksikan enam peserta berentap bagi menempah tempat sebagai juara setiap kategori sekaligus bagi merebut gelaran juara antara juara pada pentas Grand Final pada 15 Januari depan dan memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Program realiti 3 Juara diadali tiga juri, Datuk Rossa, Noraniza Idris dan Awie. Manakala, Ajai, Pak Ngah dan Edrie Hashim selaku produser bagi setiap kategori.

Sama-sama nantikan siapakah bakal digelar juara bagi kategori Balada, Rock dan Irama Malaysia!

0 comment... add one now