-->

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

SAMA-SAMA nantikan drama adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi akan menemui penonton di Astro Ria. Drama sentuhan pengarah Michael Ang ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aiman Hakim, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz dan ramai lagi.

                  Image result for Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

JUDUL : URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
TARIKH / MASA : Februari 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Areila Sahimi
PENGARAH : Michael Ang & Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Scha Alyahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Ozlynn, Ungku Hariz

WATAK PELAKON
Scha Alyahya sebagai Syazlin
Aiman Hakim Ridza sebagai Fadhlan
Randy Pangalila sebagai Faris
Ozlynn sebagai Husna
Ungku Hariz sebagai Yeop

SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.” 

0 comment... add one now