Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

NANTIKAN drama terbaru iaitu Drama Cik Serba Tahu diadaptasi daripada novel karya Syamnuriezmil. Sebuah drama terbitan Orangetree Production arahan Shuhaimi Zulkefli. Dibintangi oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Nadia Brian dan ramai lagi.

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

JUDUL: CIK SERBA TAHU
TARIKH / MASA: 27 Mac 2017
SIARAN: Astro Ria & Astro Ria HD
PENULIS NOVEL: Syamnuriezmil
PENGARAH: Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN: Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON: Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, Nadia Brian

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Carl Adham
Sari Yanti sebagai Aerna Isyqee
Zarul Umbrella sebagai Bunyamin
Iedil Putra sebagai Benjamin

SINOPSIS CIK SERBA TAHU

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapanya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapanya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapanya?

No comments

Powered by Blogger.