Resepi Kek Marble Pelangi Yang Enak

TAHUKAH anda cara membuat kek marble pelangi dengan mudah! Kali ini saya akan kongsikan resepi kek marble pelangi pula. Kek marble pelangi ini merupakan antara kek kegemaran saya kerana kek ini sangat lembut dan gebu. Jom lihat resepi kek tersebut dibawah!

Resepi Kek Marble Pelangi Yang Enak

Resepi Kek Marble Pelangi Yang Enak

Bahan-bahan:

2 sudu makan susu cair
6 biji telur (standard)
3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking soda (campur sebati dan ayak)
2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan margerin
Pewarna ikut selera

Cara Buat Kek Marble Pelangi:

1- Siapkan bekas kemudian masukkan gula dan margerin, gunakan pemutar elektrik dan putar sehingga kembang atau boleh juga gunakan tangan.

2- Masukkan telur ke bekas lain dan basuh telur tersebut. Kemudian, masukan telur sebiji-sebiji dan putaran sehingga sebati.

3- Sementara itu lengserkan acuan 9 inci dengan sedikit tepung dan margerin dan pastikan rata ke seluruh bahagian acuan. Ikut suka nak guna acuan bentuk apa.

4- Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul sehingga sebati.

5- Selepas itu, masukkan juga esen vanila dan susu cair, gaul sampai sebati.

6- Apabila adunan dah siap adunan tadi di bahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahagian ditambah pewarna dan 1 bahagian tak ditambah pewarna.

7- Selepas semua bahagian diwarnakan kemudian belang-belangkan adunan mengikut warna. Turun sebanyak 3 sudu makan adunan untuk setiap lapisan dan ulangi langkah tersebut sehingga adunan habis.

8- Sesudah mewarnai dah selesai, barulah dibakar sehingga masak dalam keadaan bersuhu 165 darjah Celsius selama lebih kurang 50 minit.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.