Permohonan Biasiswa Selangorku 2017


Untuk makluman anda, Biasiswa Selangorku merupakan satu program biasiswa khas khususnya untuk anak Selangor yang masih belajar di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Biasiswa ini juga diberi keutamaan kepada pelajar dari luar bandar dan juga berpendapatan rendah. Biasiswa Selangorku diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang baik.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Januari 2017.

PERMOHONAN BIASISWA SELANGORKU 2017

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan Biasiswa Selangorku dan cara memohon borang permohonan tersebut:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1. Kelahiran
● Pemohon lahir di negeri Selangor atau ibu atau bapa kelahiran anak Selangor.
● Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / PENGERUSI JKKK / PENGHULU / KETUA KAMPUNG.

2. Peringkat Pengajian
● Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di UNISEL dan KUIS.

3. Penajaan
● Pemohon yang masih belum menerima sebarang tajaan atau biasiswa pendidikan.

4. Tahun Pengajian
● Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN diberi tempoh pelanjutan pengajian.

KADAR PEMBIAYAAN BIASISWA

1. Yuran Pengajian
Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak UNISEL / KUIS.

2. Elaun Sara Diri
Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

CARA PERMOHONAN

Permohonan Biasiswa Selangorku telah dibuka bermula dari 19 Disember 2016 hingga 16 Januari 2017 sebelum jam 4.00 petang dan hantar borang permohonan ke alamat berikut:

Lembaga Tabung Kumpulan Wang
Biasiswa Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Cawangan
pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Untuk dapatkan borang permohonan Biasiswa Selangorku 2017, anda boleh cetak borang di SINI.

Selamat berjaya!

No comments

Powered by Blogger.