Harga Tayar Terkini Mulai 1 Januari 2017

                Image result for tips penjagaan tayar kereta

Terkini harga tayar akan mengalami kenaikan antara 5 hingga 10 peratus mulai 1 Januari 2017. Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Tayar Negeri Johor, Goh Soo Chay dipetik Nanyang Siang Pau berkata, kenaikan harga tayar adalah susulan daripada gred getah tinggi dan kejatuhan mata wang ringgit.

Menurut Soo Chay dipetik Sinar Harian pula, peniaga tayar tempatan sudah dimaklumkan dengan kenaikan harga tayar oleh syarikat pengimport, pemborong dan pengeluar tayar tempatan.

Tayar-tayar import akan dinaikkan antara 5 hingga 10 peratus, manakala tayar dari China bakal menerima kenaikan sebanyak 10 peratus.

"Antara tayar yang diimport masuk ke Malaysia ialan Bridgestone, Michelin, Falken, Yokohama dan sebagainya. Tayar buatan tempatan pula ialah Goodyear, Toyo, Silverstone, Continental dan banyak lagi.

"Orang ramai dinasihatkan menukar tayar kenderaan mereka sebelum Tahun Baru Cina ini kerana kebiasaannya penjual tayar mempunyai stok lama yang mampu bertahan sehingga dua bulan," kata Soo Chay lagi.

Sumber: Sinar Harian

0 comment... add one now