-->

Cara Permohonan Rumah PR1MA 2017 Online

TERKINI, buat pemohon rumah PR1MA tahun 2017, kerajaan telah mengemaskini syarat kelayakan dengan memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.

Cara Permohonan Rumah PR1MA 2017 Online

Kerajaan telah melancar rumah PR1MA ini yang bernilai antara RM100,000 hingga RM400,000 beberapa tahun lalu. Tapi masih lagi yang tidak tahu perkara ini dan tidak tahu cara untuk membuat permohonan bantuan rumah ini.

Senarai Permohonan Rumah PR1MA 2017 Online

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan dan cara memohon rumah PR1MA secara dalam talian tahun 2017:

Syarat Kelayakan dan Kriteria Asas Permohonan Rumah PR1MA

Berikut adalah kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA.

● Warganegara Malaysia
● Bujang atau sudah berkahwin serta berumur 21 ke atas
● Pendapatan isirumah individu atau keluarga (suami & isteri)
● Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja

Cara Memohon Rumah PR1MA Online

Untuk berpeluang menjadi pemilik kediaman PR1MA, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1. PENDAFTARAN

● Buka laman web di pautan www.pr1ma.my dan tetapkan kata aluan anda.
● Lengkapkan borang pendaftaran anda di SINI
● Hantar borang pendaftaran yang lengkap untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA
● Pemohon akan terima email pengesahan pendaftaran dan pihak PR1MA akan maklumkan anda melalui e-mel apabila terdapat kediaman PR1MA yang dibuka di lokasi pilihan anda

2. PERMOHONAN

● Perlu memohon projek kediaman PR1MA yang dibuka untuk permohonan
● Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
● Kemudian, klik "Projek dibuka untuk permohonan" untuk mendapatkan maklumat lanjut
● Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan dan akan terima email pengesahan permohonan.

3. PENGUNDIAN & KEPUTUSAN

● Proses cabutan undi akan dijalankan dan keputusan cabutan undi akan diumumkan http://www.pr1ma.my/.
● Sekiranya anda berjaya, akan dihubungi melalui surat rasmi dan email untuk pemilihan unit kediaman anda.

4. PEMBIAYAAN

● PR1MA akan menawarkan bantuan yang terbaik kepada pemohon untuk pembiayaan akhir hartanah anda.

Sekiranya ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan rumah PRIMA ini, anda boleh hubungi 03- 7962 4374 atau melalui e-mel info@pr1ma.my.

0 comment... add one now