Cara Permohonan IPG 2017 Secara Online

UNTUK makluman anda permohonan IPG 2017 kini telah dibuka bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

               Cara Permohonan IPG 2017 Secara Online

Namun begitu, bagi calon yang bercadang ingin memohon program dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini dinasihatkan agar menyemak dahulu kriteria dan syarat kemasukan.

Syarat Asas Permohonan IPG 2017

-Warganegara Malaysia.
-Umur mestilah tidak melebihi 20 tahun pada tarikh akhir permohonan.
-Calon mesti sihat tubuh badan.
-Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
-Calon mendapat gred cemerlang.
-Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
-Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: Bahasa Melayu ; dan Sejarah.
-Lulus Bahasa Inggeris.

Permohonan IPG 2017 Secara Online

Permohonan kemasukkan ke IPG sesi 2017 kini boleh dilakukan secara online melalui sistem Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia.

-Permohonan Online: https://pismp.moe.gov.my/
-Tarikh Mula Memohon: Mac 2017 (permohonan dijangka akan dibuka pada minggu kedua bulan Mac)

Selamat membuat permohonan IPG 2017!

No comments

Powered by Blogger.