-->

Cara Mendaftar Perniagaan Di SSM Secara Online

Cara Mendaftar Perniagaan Di SSM Secara Online

Sebelum ini mesti anda tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk mendaftar perniagaan tunggal atau perkongsian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pendaftaran perniagaan sebenarnya boleh dibuat di mana-mana kaunter SSM dan boleh juga dibuat secara online.

Panduan Mendaftar Perniagaan Di Kaunter SSM

Pemilik perniagaan hendaklah hadir sendiri di mana-mana pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sekiranya mendaftar perniagaan perkongsian, setiap rakan kongsi hendaklah hadir semasa pendaftaran.

Sila lawat http://www.ssm.com.my/contact-us untuk mengetahui lokasi, waktu operasi serta contact no. pejabat SSM paling dekat dengan anda.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu lakukan / sediakan untuk mendaftar perniagaan di SSM:

1- Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A)

2- Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42)

3- Borang ini tidak diperlukan sekiranya anda menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan

4- Sediakan satu salinan fotostat kad pengenalan pemilik / rakan kongsi

5- Sediakan duit RM60 / RM30 untuk yuran pendaftaran + RM10 untuk cetakan maklumat perniagaan

Mendaftar Perniagaan SSM Secara Online

Pendaftaran perniagaan SSM secara online boleh dibuat melalui perkhidmatan Ezbiz Online di http://ezbiz.ssm.com.my/

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh merujuk kepada SSM. Sila ke http://www.ssm.com.my/contact-us untuk alamat dan nombor telefon SSM.

Semoga berguna!

0 comment... add one now