Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

Kini, anda boleh memohon Borang permohonan skim 1 pelajar 1 perniagaan SSM 2017 secara online. Pendaftaran perniagaan secara percuma buat semua pelajar IPT. Bagi semua pelajar IPTA dan IPTS, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, pelajar pelajar di pusat pengajian dalam negara boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim Pelajar Perniagaan. Untuk info, SSM memperuntukkan geran RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan RM1Juta peruntukan kepada pelajar yang layak sahaja.

Syarat Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 Online

1-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas

2-Sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di mana-mana pusat pengajian dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan.

3-Terpakai kepada pendaftaran perniagaan baharu sahaja samaada pemilikan tunggal atau perkongsia untuk tempoh 1 tahun bagi setiap pelajar sepanjang tempoh pelaksanaan skim.

4-Rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja.

Senarai Borang Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 Online

1-Sila hadirkan diri ke pejabat cawangan SSM yang berdekatan

2-Dapatkan borong di kaunter

3-Dua (2) salinan kad pelajar yang masih berkuatkuasa

4-Salinan asal surat perakuan pelajar dari pusat pengajian

Selamat mencuba!

2 comments:

Powered by Blogger.