5 Tempat Menarik Bercuti di Tokyo Yang Wajib Anda Kunjungi

BAGI anda yang suka pergi bercuti ke negara Jepun. Anda patut datang sendiri melancong ke Tokyo dengan melihat pemandangan indah tempat-tempat menarik yang ada disini. Anda ingin tahu tempat-tempat menarik ada di Tokyo? Jom lihat dibawah:

                     5 Tempat Menarik Bercuti di Tokyo Yang Wajib Anda Kunjungi

5 Tempat Menarik Bercuti di Tokyo Yang Wajib Anda Kunjungi

1- Tokyo Disneyland dan Disneysea

Apa yang menarik ada di Disneyland ini? Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem dihasilkan ole Walt Disney. Tokyo Disneysea pula merupakan taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut.

2- Akihabara

Akihabara amat terkenal dengan pelbagai kedai elektronik yang dijual disini. Bagi anda yang pengemar membeli barangan elektronik, anda patut datang ke sini. Selain itu, Akihabara mempunyai tarikan utama seperti Gundam Cafe, Maid Cafe dan lain-lain lagi.

3- Ueno

                    Image result for ueno

Terdapat pelbagai muzium seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Arts dan National Science Museum di Ueno. Bagi anda pengemar akan senibina, sejarah dan kebudayaan anda patut lawati di Ueno. Di Ueno juga, terdapat Ueno Zoo yang merupakan taman zoologi pertama di Jepun.

4- Shinjuku

Shinjuku merupakan destinasi untuk membeli belah, hiburan dan perniagaan. Antara tarikan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Shin-Okubo Korean Town dan Kabukicho Red Light District.

5- Shinjuku Gyoen National Garden

Merupakan taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat juga taman utama seperti English Garden dan French Garden. Yang menarik disini anda boleh bersantai bersama dengan keluarga pada musim bunga sakura. Memang cantik ahh pemandangan taman di sini!

                   Image result for tokyo

Jom apalagi bagi anda yang suka pergi melancong terutama pada musim cuti, anda sepatutnya datang ke Tokyo untuk rasai kenikmatan dan pemandangan indah ada disini!

No comments

Powered by Blogger.