-->

5 Tempat Menarik Bercuti di Macau Yang Wajib Anda Kunjungi

SECARA umumnya Macau merupakan sebuah negara yang memiliki perpaduan yang unik dan daya tarikan tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati. Apa yang menarik ada di Macau? Anda sendiri boleh lihat apa yang saya kongsikan artikel kali ini. Jom lihat dibawah:

                       Image result for tempat menarik di macau

5 Tempat Menarik Bercuti di Macau Yang Wajib Anda Kunjungi

1-Nam Van Lake Cybernetic Fountain

Salah satu daya tarikan yang ada di Macau kerana mempunyai pemandangan dan cahaya yang cantik selain air pancut yang menarik. Air pancut yang dibina oleh sebuah syarikat gabungan Sepanyol dan Portugis ini mempamerkan 86 semburan dan diterangi oleh lampu berwarna-warni sejumlah 288 buah. Air jet paling tinggi semburannya adalah 80 meter dan inilah yang menjadi keunggulan disini.

2-Macau Tower

Merupakan salah satu destinasi utama yang harus anda kunjungi untuk bercuti di Macau kerana Menara Macau adalah tempat pelancongan yang akan melengkapi kesenangan anda. Dengan ketinggian 338 meter, segala keindahan bandar Macau boleh dinikmati dari atas puncak Macau Tower ini. Antara kegiatan menarik yang anda boleh cuba disini adalah 'Bungee Jumping'. Bungee jumping yang ada di menara ini adalah yang paling tinggi di dunia. Selain adanya menara dan aktiviti penuh cabaran tersebut, pelancong juga akan mendapati pawagam, restoran, serta Pusat Pertemuan dan Hiburan 4 tingkat. Memang menarik ahh!

3-Museum Grand Prix

                      Image result for Museum Grand Prix

Bagi pengemar akan Grand Prix, muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 1993 untuk meraikan ulang tahun Grand Prix Macau ke-40 ini boleh menjadi salah satu destinasi utama semasa bercuti di Macau. Sejumlah motor dan mobil dipamerkan oleh muzium ini setiap tahun di bulan November dan ini berlangsung sudah sejak tahun 1954 kerana para penduduk Macau yang mempunyai semangat tinggi beserta sokongan daripada kerajaan Macau. Muzium Grand Prix ini dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 8 malam dan setiap hari Selasa muzium ini akan ditutup.

4-Flora Garden

Selain Museum Grand Prix dan Macau Tower, di Macau juga terdapat Flora Garden yang dibina dengan gaya di Eropah dan letaknya ada di dasar Bukit Guia. Pada zaman dulu, Flora Garden ini merupakan Flora Palace, iaitu sebuah mansion Portugis bangsawan. Setibanya di tempat ini kita akan melihat gerbang batu di mana dulunya merupakan sebuah pos jaga istana. Untuk ke puncak Bukit Guia, para pelancong boleh memanfaatkan kereta kabel yang memang disediakan di dekat gerbang taman. Pemandangan taman yang luas serta panorama bandar yang cantik anda boleh lihat disini. Memang menarik betul bagi pengemar melancong!

5-Venetian Resort

                       Image result for Venetian Resort

Bagi yang ingin berkunjung ke tempat yang romantis di Macau, satu tempat yang tidak asing disini iaitu Venetian Resort. Tidak perlu jauh-jauh untuk berkunjung ke Itali untuk melihat pemandangan seperti yang ada di bandar Venice, kerana anda sendiri boleh rasai apabila berada di Macau. Memang cantik pemandangan di Venetian Resort ini!

Bagi yang ingin bercuti, bolehlah anda membuat pilihan datang sendiri ke Macau. Banyak tempat-tempat menarik yang patut anda lawati! Awesome!!!

0 comment... add one now