-->

5 Tempat Menarik Bercuti di Beijing Yang Wajib Anda Kunjungi

TAHUKAH anda tentang apa yang menarik ada di Beijing, China. Mesti anda tercari-cari manakah ke destinasi yang harus anda tujui apabila sampai di Beijing. Beijing amat sinonim dengan lokasi pelancongan yang cantik dan indah selain nempunyai bangunan bersejarah yang masih tersergam hingga hari ini. Apa yang menarik ada di Beijing ini? Jom lihat dibawah...

5 Tempat Menarik Bercuti di Beijing Yang Wajib Anda Kunjungi

5 Tempat Menarik Bercuti di Beijing Yang Wajib Anda Kunjungi

1- Stadium Nasional (Bird Nest)

Stadium paling gah yang ada di China adalah Stadium Nasional atau mudah dikenali orang dengan panggilan Bird Nest. Nama Bird Nest disematkan kerana bentuk stadium yang unik, tepatnya adalah bentuk tiang-tiang penyangga stadium tersebut yang menyerupai sarang burung. Tempat ini juga telah menjadi ikon Beijing yang bertaraf antarabangsa.

Satu lagi yang menakjubkan dari Bird Nest adalah dengan bentuknya yang berbeza dengan bangunan lain, bangunan ini dinobatkan sebagai salah satu daripada 10 bangunan yang paling unik di dunia. Stadium Bird Nest ini juga mampu menahan gempa bumi berskala 8 skala Richter. Memang awesome lah!

2- The Great Wall

Siapa tak kenal dengan The Great Wall atau Tembok Besar China? Namanya sudah popular hingga ke seluruh dunia. Bangunan yang mempunyai panjang kira-kira 8.800 km tersebut masuk dalam salah satu keajaiban dunia. Jadi tak hairan jika tembok besar ini pada masa lalu difungsikan sebagai benteng pertahanan pasukan China daripada serangan musuh. Bagi anda yang ingin berkunjung ke Beijing, wajib datang ke sini!

3- Complex of Olimpic Stadium

Kompleks yang terdiri dari National Aquatics Centre yang dari luar kelihatan seperti sisik ikan, National Stadium dengan nama lain Bird Nest, Olympic Sport Centre, dan National Indoor Stadium ini khusus dibina untuk Sukan Olimpik Beijing yang dilaksanakan tahun 2008 lalu. Pada masa ini, tempat ini sedang bersiap akan menganjurkan event Winter Olympic Games di tahun 2022 nanti. Memang unik lah kompleks stadium nih!

4- Silk Market

Bagi anda yang sudah sampai di Beijing, anda perlu melawat salah satu tempat pelancongan membeli-belah yang ada di Beijing dan sangat terkenal di kalangan pelancong iaitu Silk Market. Lokasi ini banyak kedai peniaga yang menjual baju-baju khas China, souvenir, beg yang kualitinya super dan macam-macam lagi.

5- Beihai Park

Salah satu tempat pelancongan yang wajib anda lawati ketika melancong ke Beijing adalah Taman Beihai. Taman ini mempunyai pemandangan yang sangat indah dan cantik. Pada musim tertentu, kita akan diperlihatkan pemandangan alam taman dan kawasan sekitarnya yang berselimut kabut, membuat suasana kian mempesona.

Pembangunan Taman Beihai dilakukan pada masa Dinasti Yuan. Luas kawasan pelancongan yang satu ini adalah 70 hektar. Ada tasik yang mengelilingi Taman Beihai dengan sebuah pulau di tengahnya.


Bagi anda yang ingin datang ke Beijing, anda harus datang ke 5 destinasi menarik ini!

2 comments.. read them below or add one

Nurul Syahirah Nurul Syahirah January 28, 2017 at 5:07 PM
wahhh.. bestnyee.. tapi tak tahu la bile boleh sampai sana >.<"

http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html
Lokman Hakim Lokman Hakim January 29, 2017 at 3:45 PM
tula..klau ada duit teringin nk ke sana..kan!