-->

5 Manfaat Petroleum Jelly Untuk Kecantikan


Sejak kebelakangan ini Petroleum Jelly menjadi kosmetik yang digemari ramai wanita. Sebab pelembap dari campuran mineral oil, paraffin, dan hidrokarbon dengan bentuk gel berwarna putih ternyata punya banyak manfaat untuk kecantikan.

Awalnya petroleum jelly hanya dikenali untuk melembapkan dan memperbaiki masalah kulit pecah, kini ada beberapa faedah lagi yang boleh kita dapatkan. Seperti dikeluarkan dari Thelist.com, ada banyak manfaat petroleum jelly yang patut anda cuba.

Berikut adalah 5 manfaat petroleum jelly:

1. Melembutkan bulu mata

Petroleum jelly berfungsi sebagai pelembut bulu mata serta memberikan kesan bulu mata lebih bervolume. Selain itu petroleum jelly juga boleh dijadikan gam untuk melekatkan bulu mata palsu.

2. Krim untuk kaki

Jika mempunyai masalah dengan kulit kaki yang kering, anda boleh menyapu jeli petroleum sebelum tidur. Anda akan rasakan perubahan kulit kaki yang lebih halus dan lembut.

3. Membuat kaki kelihatan berkilat

Jika kita ingin mempunyai kaki yang kelihatan bersinar, campurkan petroleum jelly dengan losyen badan. Cara ini akan membantu menjaga kaki tetap sihat dan kelihatan bersinar semula jadi.

4. Membantu merapikan kening mata

Kita boleh menyapu sedikit petroleum jelly pada alis mata agar tetap rapi sepanjang hari.

5. Merawat kuku

Jika anda mahukan kuku sihat dan lembut tidak perlu membeli krim dengan harga mahal. Hanya sapukan jeli petroleum dan rasakan manfaatnya.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now