5 Manfaat Buah Tomato Yang Perlu Ketahui

BUAH tomato, merupakan sejenis sayur-sayuran dengan gabungan rasa masam dan manis yang sarat kandungan gizi. Tomato kaya akan nutrisi dan antioksidan yang membantu mengatasi beberapa penyakit serta membuat kesihatan anda terjaga.

5 Manfaat Buah Tomato Yang Perlu Ketahui

Berikut lima manfaat sihat dari mengambil tomato yang anda perlu ketahui:

5 Manfaat Buah Tomato Yang Perlu Ketahui

1. Memperbaiki penglihatan

Vitamin A dalam tomato membantu meningkatkan kesihatan mata dan mencegah masalah rabun dan degenerasi makular (hilangnya penglihatan kerana kerosakan bahagian tengah retina).

2. Membantu memerangi kanser

Menurut kajian dilakukan, buah tomato kaya akan lycopene, antioksidan yang berkesan menurunkan risiko kanser, terutama kanser paru-paru, perut, serta masalah prostat.

3. Menjaga kesihatan darah

Penyelidikan menunjukkan, satu buah tomato boleh memberi kira-kira 40 peratus vitamin C harian yang diperlukan tubuh. Tomato juga mengandungi vitamin A, potassium, dan zat besi yang diperlukan untuk menjaga darah tetap normal. Kandungan vitamin K dalam tomato pun membantu mengawal dan mencegah penyumbatan darah.

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Likopen dalam tomato melindungi anda daripada penyakit kardiovaskular. Mengambil tomato secara rutin membantu mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida dalam darah, serta mengurangkan mendapan lemak dalam pembuluh darah.

5. Baik untuk pencernaan

Mengambil tomato setiap hari boleh membantu sistem pencernaan anda kerana dapat mencegah masalah sembelit dan cirit-birit. Mengambil buah tomato secara kerap juga mencegah jaundice dan berkesan mengeluarkan racun dari tubuh.

Semoga bermanfaat untuk anda!

No comments

Powered by Blogger.