-->

5 Cara Mudah Pandai Mengurus Gaji Bulanan

MENJADI seorang yang berjaya dan punya banyak wang, pasti perkara ini yang sudah anda idamkan sejak di usia 20an lagi. Walau bagaimanapun, tidak semua orang boleh mencapainya dengan mudah, banyak halangan yang sering membuat keinginan anda sukar tercapai.

5 Cara Mudah Pandai Mengurus Gaji Bulanan

Berikut adalah 5 cara mudah pandai mengurus gaji bulanan:

1. Catat Setiap Perbelanjaan Anda

Jangan malas untuk mencatat setiap perbelanjaan anda lakukan pada setiap hari kerana dari sini anda boleh melihat perbelanjaan mana yang begitu banyak digunakan.

2. Buat Anggaran Bulanan

Alangkah baiknya jika anda boleh membuat anggaran kewangan setiap bulan. Di dalam bajet tersebut, anda boleh menuliskan anggaran pengeluaran selama sebulan. Buatlah daripada pengeluaran pokok terlebih dahulu, selepas itu anda boleh menuliskan pengeluaran yang  tentative, misalnya perbelanjaan untuk ansuran / hutang, kos operasi, dan kos hiburan.

3. Bayar Semua Bil

Apabila menerima gaji pastikan anda membayar semua bil tunggakan seperti bil elektrik, air dan sebagainya. Setelah itu, pastikan untuk membayar pada awal menerima gaji, perkara ini menjaga wang yang tidak terpakai untuk berbelanja.

4. Melakukan Simpanan Wang

Walaupun sesekali susah untuk menabung, tapi hal yang satu ini wajib untuk anda lakukan. Setelah membayar semua bil dan pembayaran balik, asingkan wang gaji anda untuk membuat tabungan.

5. Bijak Menggunakan Kad Kredit

Kad kredit selalu menjadi masalah kewangan yang boleh membuat anda runsing. Makanya, anda harus boleh memberikan kawalan penuh terhadap kad kredit. Jangan sesekali mudah berbelanja dengan menggunakan kad kredit sahaja! Anda perlu tahu had limit kad kredit anda.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now