Tips Pastikan Bau Minyak Wangi Tahan Lama

Tips Pastikan Bau Minyak Wangi Tahan Lama

Tahukah anda bau minyak wangi yang anda pakai boleh kekal lama jika anda tahu caranya. Semua orang sedia tahu yang mana harga sebotol wangian selalunya agak tinggi, bergantung pada jenis kandungan yang digunakan serta jenama yang dipilih.

Sudah pastinya anda mahukan ia kekal lama sepanjang hari di badan sendiri bukan?

Berikut adalah tips untuk pastikan bau haruman kekal segar sepanjang hari:

1. Jangan simpan minyak wangi di dalam bilik mandi atau tempat yang lembap dan panas

Suhu panas, cahaya dan lembap boleh merosakkan aromanya dan ia sekali gus mengurangkan lagi kualiti baunya. Anda sepatutnya menyimpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering, dan jauhkan dari tingkap.

2. Gosok Vaseline di titik nadi pada pergelangan tangan sebelum sembur minyak wangi anda

Bahagian kulit yang lembap boleh memanjangkan bau wangian pada kulit lebih lama berbanding jika anda semburkannya pada permukaan kulit yang kering.

3. Sembur haruman sejurus selepas mandi dan sebelum bersiap

Lembapan pada kulit boleh membantu untuk mengekalkan bau haruman. Ini juga boleh mengelakkan barangan kemas atau pakaian anda menjadi pudar kerana minyak wangi.

4. Jangan gosok wangian pada pergelangan tangan selepas menyemburnya

Jika anda gosok antara pergelangan tangan anda, ini akan menyebabkan kesan utama pada wangian hilang dengan lebih cepat daripada yang sepatutnya dan ini membuatkan bau haruman anda tidak kekal lama.

5. Semburkan haruman pada titik nadi dan bahagian tubuh yang berhaba

Untuk menjadikan aroma minyak wangi kekal lama, pilih beberapa target bahagian pada tubuh. Bahagian tubuh yang berhaba membantu untuk menyebarkan aroma ke seluruh tubuh.

Semoga bermanfaat!

2 comments:

  1. Perkongsian yang berguna. saya suka guna perfume.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la saya bahrain..saya pon baru tau tips ne

      Delete

Powered by Blogger.