Tawaran Istimewa Sempena Cuti Sekolah di Sunway Lagoon dan Lost World Of Tambun


Hooray!!! sempena cuti persekolahan akhir tahun ini, nampaknya siri animasi Spongebob di Sunway Lagoon dan reptilia dinosaur, taman tema Lost World Of Tambun akan menjadi tarikan utama pelancong yang kunjung disitu.

Spongebob di Sunway Lagoon 

Watak kegemaran kanak-kanak Spongebob dan rakan baiknya Patrick akan huru harakan Sunway Lagoon, mereka akan menemui peminatnya di Taman Tema Nickelodeon pertama di Asia yang terletak di Sunway Lagoon.

Tetamu yang hadir akan disambut meriah di Under The Sea Parade yang mempunyai pelbagai jenis hidupan laut selain pengunjung berpeluang untuk menangkap Santa Walk Around dan Captain Quack and Lady Quack.

Menjanjikan keseronokan yang maksimum di seluruh taman, tetamu akan dibawa ke Spongebob 's Christmas Lagoon menggunakan Lagoon Express Train yang dihias cantik dengan dimainkan lagu-lagu bagi memeriahkan suasana.

Kemeriahan akhir tahun ini sebenarnya tidak lengkap tanpa sesi Meet & Greet bersama Santa Claus di mana para tetamu boleh mengambil gambar atau memberitahu Santa Claus hajat mereka.


Selain itu, apa yang menarik pihak Sunway Lagoon turut memasang sepohon pokok Krismas setinggi 20 kaki bertemakan hiasan hidupan laut seperti batu karang, rumpai laut, kerang dan tapak sulaiman di atasnya.

Bagi mereka yang ingin membuat gelembung gergasi seperti Spongebob, berjalan di Buble Jellyfish Field berhampiran kawasan Spongebob 's Splash Adventure di mana anda akan berseronok untuk menghasilkan pelbagai jenis buih belon yang menarik.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat bertemakan Mali Cove Dance Show, Aloha Show dan juga permainan seperti Sukaneka Mini di pelbagai tempat di sekitar taman tema berkenaan di mana pada tahun ini Sunway Lagoon telah tersenarai 5 Taman Air Terbaik di Asia oleh TripAdvisor 's 2016 Travellers' Choice .

Bersempena dengan perayaan Krismas ini, pihak Sunway Lagoon telah berbesar hati untuk menawarkan potongan harga yang berbaloi kepada pengunjung.

Antara potongan yang bakal ditawarkan:

1. Pakej FamFun hanya berharga RM390 di mana harga asalnya adalah RM540

Pakej ini termasuk 2 keping tiket dewasa, 2 keping tiket kanak-kanak, voucher makanan bernilai RM10 dan Pemberian runcit bernilai RM10

2. Pakej 4-To-Go hanya RM456 di mana harga asalnya adalah RM600

Pakej termasuk 4 tiket dewasa beserta vaucher makanan bernilai RM20 dan Pemberian runcit bernilai RM30

Dengan menempah pakej ini anda berpeluang untuk memenangi pakej percutian 3 Hari 2 Malam bernilai RM3,700 di Sunway Pyramid Hotel Family Suite Getaway dan 4 tiket masuk Sunway Lagoon.

Untuk membuat sebarang tempahan boleh melawat di SUNWAYLAGOONNICKELODEON

LOST WORLD XMASAURUS di Lost World Of Tambun


Selain Sunway Lagoon, taman tema Lost World of Tambun juga turut menjanjikan istimewa yang amat hebat pada musim cuti persekolahan ini di mana taman tema berkenaan akan 'diserang' oleh reptilia zaman purba berusia berjuta-juta tahun dahulu iaitu dinosaur dan anda akan merasai sendiri pengalaman maksimum Xmasaurus. Perghh..memang nampak menaik ahh.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat kelibat Santasaur dan berselfie dengannya, selepas itu anda akan menari bersama Santasaur yang sungguh menghiburkan.

Anda akan menyaksikan bagaimana seekor reptilia merbahaya akan menari dengan pelbagai pergerakan dalam Xmas Rawr di mana aktiviti ini dijangkakan akan menjadi tumpuan ramai orang.

Selain aktiviti itu anda akan berpeluang untuk menonton Xmasaurus Dinosaurs Alive di mana ia akan memaparkan kisah seekor dinosaur, tingkah laku mereka dalam persekitaran purba yang tidak pernah kita rasai sebelum ini.

Jika anda datang ke Lost World Of Tambun hari ini, anda akan berpeluang untuk memakai pakaian dinosaur seperti dalam filem dan anda juga berpeluang untuk melawat makmal arkeologi Dino Cryo dan belajar cara menggali fosil dinosaur.

Bagi anda yang menempah tiket secara online akan menikmati potongan sebanyak 10% dan akan diberi percuma baucer Photobook bernilai RM79.

Untuk sebarang tempahan boleh dibuat di SUNWAY LOST WORLD OF TAMBUN.

Jom tunggu apa lagi ramai-ramai serbu ke Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun! Jadikan cuti tahun ini cuti yang menyeronokkan anda.

No comments

Powered by Blogger.