-->

Snapchat Kemaskini Sokongan Mesej Berkumpulan, Scissors, Paintbrush Dan Shazam


Kini, aplikasi snapchat merupakan media sosial yang paling digemari golongan remaja. Ia jauh lebih mudah digunakan dan dianggap lebih menarik berbanding Facebook yang kini dipenuhi golongan berusia. Pelbagai inovasi diperlihatkan pada Snapchat sehingga ia ditiru oleh Facebook dan Instagram.

Kemas kini yang diperkenalkan hari ini membawakan beberapa fungsi menarik kepada Snapchat. Fungsi mesej berkumpulan kini disokong. Sebanyak 16 orang boleh menggunakan fungsi ini dan mesej yang dikongsi akan dipadam selepas 24 jam seperti mesej biasa.

Scissors ialah fungsi Creative Tools yang membolehkan gambar dipotong bagi menghasilkan pelekat rekaan sendiri.

Paintbrush pula mengubah gambar yang disimpan di dalam Memories menjadi hasil seni.

Dan akhir sekali Snapchat kini mengintegrasikan sokongan Shazam. Lagu yang bermain di latar belakang pengguna boleh dikenalpasti dengan menekan butang kamera di dalam aplikasi Snapchat.

Sumber: Snapchat

2 comments.. read them below or add one

Lea Azleeya Lea Azleeya December 16, 2016 at 8:30 AM
Lahai banyaknya apps baru.. Akak tau fb ajoo.. hehehe.. Almaklumlah dah berusia.. kikiki
Lokman Hakim Lokman Hakim December 16, 2016 at 3:23 PM
macam2 apps baru skrg nih...tula..haha