Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Online

TAHUKAH anda individu yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat atau memperbaharui pasport dan akan dihalang ke luar negara.

               Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Online

Jika anda merancang ke luar negara sebaiknya anda perlu semak terlebih dahulu samada anda disenarai blacklist oleh Imigresen atau sebaliknya.

Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Online

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini telah mewujudkan laman web di mana warganegara Malaysia boleh menyemak status kawalan Imigresen mereka secara online.

1-Lawati laman web aplikasi Semakan Status Kawalan Imigresen di pautan berikut:
KLIK DISINI

2-Masukkan No. kad pengenalan dan tekan butang "Semak".

3-Keputusan status yang anda mahu ialah "Tiada Halangan".

Jika anda disenarai hitam, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-88801000 untuk mengenalpasti agensi yang mengeluarkan perintah senarai hitam terhadap anda, sebab anda disenarai hitam dan untuk mendapatkan nasihat bagaimana untuk mengeluarkan nama anda dari senarai hitam.

Antara Agensi Yang Menyenarai Hitam

Terdapat 13 agensi penguatkuasaan dan jabatan kerajaan yang menyerahkan senarai nama blacklist kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan sekatan ke luar negara.

Diantaranya ialah Jabatan Insolvensi Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kumpulan Wang simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Pendaftaran Malaysia, Mahkamah dan Jabatan Penjara.

Semoga bermanfaat kepada anda semua!

No comments

Powered by Blogger.