Semakan Keputusan PSPM 2016-2017 Peperiksaan Matrikulasi

Semakan Keputusan PSPM 2016-2017 Peperiksaan Matrikulasi|SEDIA maklum program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan sebuah program persediaan kepada para pelajar bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini melayakkan mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti.

           Semakan Keputusan PSPM 2016-2017 Peperiksaan Matrikulasi

Semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh disemak secara online pada hari Selasa yang bertarikh 20 Jun 2017.

Semakan Keputusan PSPM 2016-2017 Peperiksaan Matrikulasi

Jangka masa bagi pengajian program pra-universiti adalah selama dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST). Untuk Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) pula, ia mengambil masa selama 4 semester yang bersamaan dengan dua tahun. Kepada mereka yang memperoleh keputusan yang bagus, anda boleh menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi di universiti.

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester II Sesi 2016/2017

-Keputusan PSPM II Sesi 2016/2017 akan diumumkan mulai jam 10 pagi yang bertarikh 20 Jun 2017

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester II dan IV Sesi 2016/2017

-Keputusan PSPM II dan IV Sesi 2016/2017 akan diumumkan mulai jam 10 pagi yang bertarikh 20 Jun 2017.

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2016/2017

1. Semakan Secara Online:

-Layari di pautan seperti berikut:
https://matrikulasi.moe.gov.my/system/peperiksaan/

-Anda perlu memasukkan No. Kad Pengenalan/ IC

2. Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS):

-Taipkan:
MOE MAK (jarak) Nombor Kad Pengenalan dan Hantar ke 15888

Contoh: MOE MAK 950236765432

3. Semakan Secara Atas Talian/Panggilan Telefon:

-Anda perlu menelefon kolej masing-masing untuk mendapatkan keputusan. Anda perlu menelefon Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 0388844021

Semoga calon mendapat keputusan yang cemerlang dalam PSPM!

No comments

Powered by Blogger.