-->

Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa 2017

                Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa 2017

Mesti anda pernah terbaca atau terdengar tentang sistem ini kan! SAPS Ibu Bapa ialah satu sistem aplikasi online yang diwujudkan bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak.

Sistem ini hanya memaparkan rekod keputusan peperiksaan pelajar dari Darjah 1 hingga Darjah bagi Sekolah Rendah manakala Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi Sekolah Menengah. Tapi bagaimana untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda melalui sistem ini?

Disini saya akan kongsikan cara semakan keputusan peperiksaan melalui sistem SAPS Ibu Bapa.

Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa 2017

1-Anda perlu layari laman web di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

2-Masukkan No. Sijil Lahir atau No. Kad Pengenalan Pelajar untuk membuat semakan

3-Buat pilihan samada sekolah rendah atau sekolah menengah

4-Anda boleh piih tahun peperiksaan yang anda ingin buat semakan

5-Masukkan kod pengesahan sebagai langkah keselamatan

6-Anda akan lihat ruangan semak dan klik pada 'Semak' tersebut dan keputusan peperiksaan akan terpapar di skrin anda

6-Selesai

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now