Samsung Pay Kini Boleh Digunakan Di Malaysia


Kini, samsung Malaysia telah pun mula menawarkan perkhidmatan pembayaran menggunakan peranti mudah-alih, iaitu Samsung Pay untuk pasaran tempatan. Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai beta, dan hanya eksklusif untuk pemegang kad Maybank sahaja.

Samsung berkata pemegang kad Maybank akan ditawarkan akses eksklusif untuk Samsung Pay antara hari ini sehingga ke 31 Disember 2016 kelak. Berkemungkinan kita akan melihat ia ditawarkan untuk pengguna kad perbankan lain selepas tempoh tersebut.

Melalui Samsung Pay, ia menggunakan sokongan MST dan NFC, membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakan telefon pintar pada pelbagai terminal yang digunakan di seluruh negara.

Untuk menggunakannya, seperti biasa, pengguna perlu menambah kad kredit atau debit atau prabayar pada Samsung Pay. Kemudiannya, ia boleh digunakan untuk pembayaran dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Buat masa ini, Samsung Pay menyokong peranti Samsung Galaxy S7, Galaxy S7 Edge, Galaxy Note 5, Galaxy S6 Edge +, Galaxy A7 (2016) dan Galaxy A5 (2016).

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat di laman Samsung Pay!

No comments

Powered by Blogger.