Resepi Kek Coklat Moist Yang Enak


Pagi ini ingin saya kongsikan satu resepi cara membuat kek coklat moist dengan mudah. Semalam, saya telah kongsikan cara buat kek batik. Mesti anda pernah rasa atau cuba sendiri buat kek coklat moist ni kan! Jom terjah dibawah:

Resepi Kek Coklat Moist Yang Enak

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT MOIST

Bahan Pertama:

Satu (1) cawan serbuk koko
Satu (1) cawan gula pasir
Satu (1) cawan susu cair
Satu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
Setengah (1/2) cawan susu pekat manis

Bahan Kedua:

Satu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum
Satu (1) sudu serbuk penaik
Satu (1) sudu soda bikarbonat
Empat (4) biji telur
Satu (1) sudu esen perisa vanila

CARA-CARA MENYEDIAKAN KEK COKLAT MOIST

Campuran pertama:
Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.

Campuran kedua:
Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.

Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan untuk dipukul.

Campuran Ketiga:
Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata. Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang. Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi. Tutup loyang anda dengan aluminium foil. Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam.

Sementara menunggu kek anda dimasak, anda boleh lah mengambil masa ini untuk menyediakan topping untuk kek anda atau dikenali sebagai ganache.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.