Perlu Tekan atau Tak Punat Kecil Semasa Tarik Brek Tangan

                 kenapa-perlu-kita-tekan-punat-kecil-ini-semasa-tarik-brek-tangan-ini-sebabnya

Setelah anda selesai membetulkan kereta di petak parking, dan meletakkannya pada gear parking atau natural, dan perkara terakhir yang perlu anda lakukan adalah menarik brek tangan.

Tapi terdapat sedikit kecelaruan sama ada perlu atau tidak kita menekan punat di bahagian depan hand brake untuk menarik brek.

Kecelaruan ini mungkin juga timbul disebabkan ada orang berkata jika tidak menekan punat itu, hand brake akan cepat rosak. Betul ke?

Jason Fenske dari channel Youtube Engineering Explained memberikan jawapan kepada persoalan ini.

Adakah perlu tekan atau tidak?

Jawapan yang diberikan oleh Fenske adalah tidak perlu tekan. Tetapi tidak salah untuk menekan kerana ia tidak memberi apa-apa kesan buruk kepada hand brake. Namun dengan tidak menekan punat itu, akan ada bunyi ‘kreeekkk’ yang boleh memberi ‘feedback’ kepada pemandu ketika menarik hand brake.

Penjelasan Teknikal

Menurut Fenske, sistem hand brake sangat mudah. Punat di hand brake dicipta hanya ketika untuk menjatuhkan hand brake sahaja.

Apabila punat tidak ditekan, satu komponen besi akan mencengkam satu komponen bergerigi yang dikenali sebagai Ratchet Segment. Jika punat ditekan, besi yang mencengkam Ratchet Segment itu akan dilepaskan.

Menjawab persoalan ini, Fenske menjelaskan faktor paling utama yang menyebabkan haus adalah haba. Komponen yang banyak menghasilkan haba akan cepat haus. Seperti contoh, brake pad yang menghasilkan geseran untuk memberhentikan tayar kereta yang berputar pada kelajuan yang tinggi.

                 Brake pad

Jadi, dalam kes hand brake, kesan hausnya amat halus sekali.

Semoga bermanfaat kepada anda sebagai seorang pemandu!






0 comment... add one now