Penyertaan Empat Unsur Baru Kini Secara Rasmi Dalam Jadual Berkala


Awal tahun ini, kita telah mendengar mengenai penemuan empat unsur baru yang melengkapkan kala ke-7 pada jadual berkala. Ia seterusnya telah menerima cadangan nama pada bulan Jun 2016 lepas, dan kini, penyertaannya dalam jadual berkala bersama-sama dengan penggunaan namanya telah pun rasmi.

Melengkapkan kala ke-7, masing-masing merupakan unsur 113, 115, 117 dan juga 118. Untuk unsur 113, ia dinamakan sebagai Nihonium dan akan menggunakan simbol Nh, serta dinamakan bersempena dengan Jepun.

Unsur 115 pula akan menggunakan simbol Mc, dan dipanggil Moscovium turut dinamakan bersempena dengan nama lokasi, iaitu Moscow.

Unsur 117 pula menggunakan simbol Ts dan dipanggil Tennessine bersempena dengan lokasi di Amerika Syarikat. Dan akhir sekali, elemen 118 pula dinamakan Oganesson bersempena dengan nama saintis Russia, dan akan menggunakan singkatan Og.

Macam-macam elemen terbaru telah berjaya ditemui!

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now