-->

Ketahui Kebaikan Biji Betik Untuk Kesihatan


Tahukah anda bahawa biji betik yang biasa kita buang, ternyata ada pelbagai manfaat. Salah satunya adalah daapt menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di usus dan hati kita.

Kajian menunjukkan, racun boleh terkumpul sehingga seberat lapan kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik bahkan mampu melindungi buah pinggang dari racun yang mencetuskan masalah buah pinggang gagal berfungsi.

Doktor Wahyu Triasmara, dalam Club Diet Sihat Bersama dr. Wahyu Triasmara - DRW, di Facebook pada 28 Februari 2015, menjelaskan,

"Biji betik juga mengandungi zat antikolesterol yang hebat. Mengambil biji buah betik juga bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah. "

Ini terbukti dalam kajian mengenai jus biji buah betik, secara signifikan dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah), serta meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, Saponi anthraquinones, dan anthocyanosides.

Dengan adanya kandungan ekstrak tersebut, biji betik ini mempunyai kesan hipolipidemia dan antioksidan dalam darah yang luar biasa.

Kesan hipolipidemia ini, sangat berguna bagi terapi alternatif hiperlipidemia yang disebabkan adanya lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.

Kandungan Fitokimia mempunyai peranan aktif bagi pencegahan penyakit.
Sementara Flavonoid merupakan antioksidan yang dapat menangkap radikal bebas, "jelasnya.

Buktikan dalam 14 hari pencernaan anda makin sihat tubuh makin segar. Kata doktor Wahyu: "Saya dan keluarga sudah mencubanya, orang tua saya yang sebelumnya kolesterol 270, dalam 10 hari menjadi 170.

Semoga bermanfaat!

2 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta December 3, 2016 at 8:34 PM
Baru tahu..sebab selalu bijinya kalau tak di buang di semai..terima kasih berkongsi..